Sedang I boring, I nak share apa yang I baca satu artikal mengenai "Mereka juga ada hak". Mesti korang tertanya-tanya cerita mengenai apa yang I cuba nk sampaikan. Jarangkan I story nak story perkara macam ni. Selalu I mesti cerita pasal realiti hidup I. tapi I nak ubah sedikit lah. pernah I cuba menyatakan yang I nak off terus blog ni. tapi dalam hati ni sayang nak off.
Lazimnya, memang perangai manusia suka memandang serong kepada golongan yang kelihatan lain daripada kita. Umpamanya orang yang cantik, bergaul dengan orang yang cantik saja. Golongan orang yang pandai, bergaul dengan orang yang pandai saja.
Orang lain yang tidak termasuk dalam kalangan dalam mereka, sama ada akan menyisihkan diri dengan sendiri atau memang akan di sisihkan secara langsung dan tidak langsung.Kadangkala keadaan ini mencetuskan perasaan ada pilih kasih yang tidak adil.
Begitu juga dengan 'golongan lelaki lembut' yang selalu diberikan gelaran 'mak nyah', 'pondan', 'sotong' dan lain-lain lagi yang kurang manisnya di dengar; mereka tidak terkecuali daripada berdepan dengan situasi sebegini. I sendiri mengaku I ada dan pernah berkawan dengan golongan lelaki lembut. I rasa mereka sporting dan kelakar. I tidak pernah berfikiran negatif atau serong sebab itu hak individu itu sendiri dan I boleh menerima mereka.
Golongan seperti ini dianggap berada di pinggiran, barangkali kerana mereka sendiri yang menyisihkan diri kerana tak mahu terus dipandang serong oleh orang yang kurang dikenali. Tak mustahil juga, dorang dipinggirkan oleh kebanyakan orang kerana kedaan diri mereka dianggap 'tidak normal'.
Menyisihkan diri atau disisihkan adalah saling berkaitan. Kita sebagai orang yang melihat atau pemerhati adalah tidak wajar kita menyisihkan manusia lain., hanya kerana orang itu berbeza. Siapa pun mereka, sebagai manusia kita harus memandang mereka dengan penuh kasih sayang kerana sebenarnya begitulah juga Allah memandang dan memberikan kebaikan kepada kita.
Menangis itu sihat ;(
4 comments:
tapi org mcm ni lg mudah memahami prmpn..
kan2?
pikapiko:
a'ah..
yg pnting bole 1 pale n dorg sporting n kaco hal org
setuju... kite hidup bermasyarakat...
mungkin dengan dengan dapat membantu mereka untuk berubah...
shafiq zainal:
tQ beb sbb pk +ve.
allah pon syg dorg wlupun cmne dorg jd pe skali pon..
Post a Comment