Saturday, March 26, 2011

| Playboy vs Heartbreaker


Hello girls and boys(!)
Bila di sebut Heartbreaker pasti ramai yang akan menyamakannya dengan Playboy. Namun harus di inagtkan, Heartbreaker itu tidak semestinya dia seorang Playboy. Pertamanya kerana Hearbreaker belum tentu suka bercinta lebih dari seorang dalam satu masa. Seterusnya, kebiasaannya mereka ini melayan perempuan dengan cara yang manis malah sentiasa di gelar gentleman. Namun dia bercakap manis bukan berniat untuk bermain kayu tiga tetapi kerana sikapnya memang begitu. Walaubagaimanapun persamaan Hearbreaker dan Playboy kedua-duanya bakal menghancurkan hati perempuan. Jadi hati-hatilah ye! hehe. Korang mungkin sudah sedia maklum dengan ciri seorang Playboy tetapi Heartbreaker mungkin ramai yang belum mengenali mereka ini sepenuhya. Jadi kenali ciri-ciri si Hearbreaker agar kamu tidak terus terpedaya.
I sebenarnya berpengalaman dengan guy yang heartbreaker/playboy. So, I nak share pengalaman I di sini. Kebetulan I ada baca majalah tentang isu heartbreaker/playboy ni. Check it out(!)

1.   Pakar dalam melayan perempuan.
Lelaki Heartbreker tahu cara terbaik untuk melayan perempuan.Misalnya kalau korang ingin masuk kereta      si dia dengan pantas akan berlari membukakan pintu. Bila kamu lapar, si dia akan membawakan makanan untuk kamu tidak kiralah jam berapa sekalipun. Boleh dikatakan mereka gentleman sejati!

2.   Sweet talker
Lelaki kategori ini sangat manis bila berkata-kata. Si dia akan memuji korang hingga korang rasa ingin terbang ke langit ke 7. Si di aakan membuat korang rasa adalah perempuan paling cantik di dunia lah, istimewa, luar biasa hanya dengan perkataan-perkataannya. 

3.   Punya ramai teman wanita
Andai di perhatikan, teman-teman kebanyakan perempuan. Saat korang berjalan-jalan dengannya pun orangyang menyapa si dia pun kebanyakan juga perempuan. Si dia juga selalu bersikap ramah dan melayan perempuan-peempuan yang menegurnya. Alasannya mereka hanya kawan.

4.   Agendanya penuh
Mencari waktu luangnya memang sukar. Bahkan sampai akhir tahun jadualnya penuh. Jadi andai kamu ingin buat temu janji dengan dia perlu buat temu janji awal-awal lagi. Kalau last minute jangan haraplah si dia boleh menemani korang. Namun yang menyakitkan hati ada kalanya sudah janji si dia boleh membatalkan dengan korang kerana masanya terlalu sibuk.( I pon selalu pernah kena macam ni dulu )

5.   Sensitif
Si dia amat sensitif dengan apa yang korang inginkan . Sekiranya korang pon punya masalah si dia berkali-kali menyakinkan korang bahawa si dia amat memahami perasaan korang. Namun si dia bukan bercakap kosong kerana kenyataannya mereka memang sangat mengerti tanpa korang perlu menjelaskan panjang lebar.

6.   Hangat
Hangat bermaksud si dia jenis lelaki tangannya cepat sahaja berjalan. Misalnya bila berjumpa dengan korang kalau tidak memegang tangan, merangkul pinggang, menyentuh lengan  korang atau membelai rambut korang memang tak sah.

7.   Pemurah
Si dia kaya dengan kejutan dengan memberi pelbagai hadiah. Dikirimkan bunga atau membeli barangan yang kamu inginkan. Si dia juga rajin mengajak korang ke tempat-tempat yang romantis. Keseimpulannya korang di manjakan habis-habisan.

8.   Menarik
Si dia tahu dimana tarikannya dan kerana itulah si dia tidak ada masalah untuk menonjolkan kelebihannya. Dia juga sentiasa update dengan trend-trend terbaru dan termasuk dalam golongan lelaki yang amat mementingkan penampilan. Malah ada kalanya si dia juga turut berkongsi tip dengan korang agar korang turut menjaga penampilan.

9.   Bijak bagi alassan
Si dia pandai mencari alasan yang membuatkan korang jarang menyalahkan si dia andai si dia memungkiri janji dan sebagainya. Ini kerana alasan-alasan yang memberikan bukan sahaja kuat malah menyampaikan juga buat korang rasa simpati.

10. Sentiasa rasa bahagia
Apabila bersama si dia korang akan rasa bahagia dan tenang. Si dia juga sentiasa buat korang ketawa dan tersenyum serta tidak pernah bersedih. Walaupun korang berhadapan dengan masalah sekalipon si dia akan berusaha menggembirakan korang sehingga ada kalanya korang terlupa korang bermasalah.

biarpun adakalanya orang mengatakan cinta itu
satu perjudian. Namun sebenarnya cinta bukan diperjudikan 
tetapi perlu dinilaikan sebelum menerimanya.

4 comments:

hantu GiGi said...

suka ayat awk yg lst tuh!


biarpun adakalanya orang mengatakan cinta itu
satu perjudian. Namun sebenarnya cinta bukan diperjudikan
tetapi perlu dinilaikan sebelum menerimanya.

Arine Romano said...

hhaha..
tao mknenyer mmg best..
xsmstinya cinta, pape kputusan pon kne nilai dlu..hehhe
tQ ye...

zOeY zAu YaH said...

lelaki pun ada kategori..haha...arine mekap pun cantik...hi hi

Arine Romano said...

Zoey:
hhahaa..
mekap sndiri boleh lah