Masa cuti ini lah I meluangkan masa dengan blog. Bercerita mengenai soal perangai kawan kita disekeliling. Apa yang I post ni bukan fakta semata tapi berunsur pengalaman sendiri. tidak semua lah I nak cerita, cuma secara rawak sahaja. I berkawan dengan semua orang tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda, matang atau tidak matang, sosial atau tidak bersosial and so on lah. Pada I lah kan, kawan ni kalau kita pernah tegur sekali untuk 2 3 tahun yang lepas pon kawan juga namanya sebab kenal kan.
Motif I post ni dengan tajuk agak sesuai kot. I main hentam je. tapi itu je lah caranya supaya nak bagi orang faham apa maksud tajuk I ni.I bukan nak cerita pasal seseorang yang 'baikk' sangat dengan I. tapi sebaliknya. You all dah dapat belum klu nye? tak pe. I cerita juga ye. "Dia baiknya dengan saya" ni banyak sangat dengan keliling kita. tapi kita tak akan perasan kalau kita tak kenal sepenuhnya siapakah dia sebenarnya. Bukan nak berburuk sangka cuma berhati-hati.I dah banyak kali kena. sebab secara semulajadinya I bukan seorang yang mudah berburuk sangka kat orang. Orang yang judge I macam-macam de lah kan. tapi I tak berbuat apa-apa dengan mereka-mereka seperti ini. I biar je.I bukan tunjuk baik depan mereka, tapi I just show diri I sebenarnya. Fikir-fikir balik, tak guna berdendam, sakit hati. Follow the flow. pada I selagi dia tak sentuh I cukuplah I berdiam diri. Buat seperti tidak ada apa-apa berlaku. Dari mana I dapat tahu itu melalui naluri kuat I. Kalau ianya berkata-kata banyak kali berkemungkinan ianya benar. I pernah dapat satu kes(choii.macam siasatan jenayah lak pula aku ni). Ini kisah benar. tapi nama orang itu I tak nak beritahu. tak baik aibkan orang. kalau nak cerita sebagai renungan boleh je. I namakan dia sebagai A. A ni baik dengan I. I pon baik dengan dia.sebab satu tempat belajar. I kalau berkawan tak pernah berkira dengan sesiapa kalau bab study. I tak pernah kisah susah macam mana pon, I tolong juga dalam bab study tak kira lah assignment ke pape lah kan.Sehinggakan assignment grouping dia tak buat I boleh butakan lagi mata ni. Totally grouping itu I settlekan.tapi I sikit tak ambil kisah.I diam kan je tindakan dia hanya menghulurkan duit sahaja. I tak bodoh bertindak hanya diamkan diri. pada I akan datang I rugi dia, bukan I.tapi I tak berniat nak berdendam atau bercerita belakang dengan orang pasal dia. cuma mahu dia berubah jadi seorang pelajar yang mahu belajar.I kalau study, memang serius. tapi bila I dah banyak tolong dia, tak sangka pula dia boleh cakap belakang mengatakan I ni seorang kedekut ilmu. Kecewanya I bila dia sanggup cakap macam tu kan. Tapi nak buat macam mana kan. I masih anggap dia kawan lagi. dia tak tahu yang I dah tahu pasal ni. Still being nice dengan dia. cuma apa yang I dah buat sampai begitu tegar ye? Buat baik pon kena hentam juga kat belakang. Tak pe lah, niat I datang nak belajar. mungkin dugaan I untuk I lebih kuat dan semangat nak belajar. itu paling penting. I pon tak pernah ganggu hidup dia.
tutuplah dengan apa sekali pon kalau nak bercakap belakang.kalau tuhan tu nak tunjuk juga, orang boleh tahu
Dulu pon I pernah perangai cakap-cakap belakang pasal orang. tapi itu dulu. di zaman pra kematangan I lagi.hehe. Bila umur ni dah pangkal dua di depan tak kan nak perangai macam tu lagi.Sebenarnya yang sakit hati kita sendiri bila kita tak suka atau tak puas hati dengan orang. Honsetly, I dulu memang kaki gelak. macam orang tak punya masalah langsung.Tapi semua itu dah tak de dah. I dah kurang bergaul dengan kawan-kawan.Berkawan pon dengan orang tertentu sahaja.I banyak berdiam diri, buat hal sendiri.Pada I itu lagi senang.Bukan I bersikap pentingkan diri sendiri. Tapi kalau orang minta tolong, I cuba tolong juga. Tu yang kadang-kadang kawan I kalau ada masalah lebih senang bercerita dengan I.maybe me a good listener.satu je I nak beritahu pada para-para pembaca. Di zaman sekarang ini lah ramai orang jadi penipu untuk macam-macam kepentingan.Jadi berhati-hati.Kalau terkena cobaan yang menimpa banyak muhasabah diri.itu je.mungkin kita ada silap sendiri kan. tak salah 'date' untuk diri sendiri.
Sentiasa merindui kamo :)
2 comments:
i likexxx...sape nk tolong saye..saye menimpa nasib yg same ngan kamo..hehehe
noor mazriha bt zahari :
hhahaha..de je ko ye.xpe.sy kn de boleh tlg kamo juge
Post a Comment