Buat pertama kalinya I baca buku psikologi. Pernah baca tapi tak pernah ambil iktibar. sekadar baca membabi buta je. Dan juga pertama kali I beli buku psikologi. tujuan hanya suka-suka untuk diri sendiri. bukan nak belajar untuk psiko orang. nasihatkan orang adelah sikit. Buku yang I baca sangat relax dan mudah faham. sangat sesuai untuk golongan muda lah. golongan lain pon boleh juga sebenarnya sekadar pengetahuan je lah. Buku I beli ni berjudul "Jadi cool + positif". Cover buku ni interesting I nak beli sebab colorfull. bukan sebab lain pon. Sementara I tengah cuti-cuti Malaysia boleh lah I baca kan daripada ngadap lappy je. sakit kepala juga. buku ni tak mahal. mampu milik. RM10 je. bila I selak sekali imbas not bad. totally almost cerita buku ini ada perangai I juga. nak tahu kena try beli ye. btw, I nak share apa yang I baca sekarang ni. tajuknya macam tajuk besar kat atas ni. sampai kan I baca sendiri pon ada pengalaman juga. you all pon mesti ada pernah rasa perasaan sesal kan?
Terlajak perahu boleh berundur, terlajak perbuatan badan binasa. bunyi nya macam keras kan? Di antara korang mesti pernah dihantui dengan 'penyesalan'. Ia lazim berlaku bila ada peristiwa lalu yang muncul dalam tahap yang berbeza. Biarpun sesalan itu telah berlalu bertahun lamanya tapi sampai sekarang ianya masih dalam ingatan. Tidak kurangya yang yang menyesal seumur hidup sekiranya tidak bertindak sesuatu. walaupun penyesalan itu membebankan , tapi ianya boleh membantu bagi memperbahurui hidup korang. Jangan risau ye :)
Seorang psikologi daripada New York menekankan pentingnya melihat lebih jauh di sebalik kekecewaan dan penyesalan dengan lebih mendalam lagi. "Jika korang rasa sangat kehilangan sesuatu korang harus bersiap sedia menerima kenyataan sepahit apa pun. Penyesalan diibaratkan seperti belon. dia boleh mengisi seluruh hidup korang sehingga menghalang untuk korang berfikir perkara lain. Jadi korang berusaha untuk atasinya sebaik mungkin."
Perbaiki Diri
Jangan takut atau malu untuk berkata MAAF. Tidak kiralah pada orang lain atau diri sendiri. sekiranya apa yang berlaku telah menyakiti hati orang lain sebaiknya korang segeralah memohon maaf. daripada korang tanggung beban sesal seumur hidup, jalan mana korang pilih? jalan mudah atau sebaliknya? Tak payah lah korang mempertahankan ego dan enggan meminta maaf. I sendiri ada pengalaman. kalau I rasa betul-betul bersalah dan akui kesilapan I sendiri sebaiknya memang I terus meminta maaf. memang I tak fikir panjang. sebab tidak mahu rasa dibelenggu rasa bersalah berpanjangan. Cuba korang bersemuka dengan seseorang yang korang ingin meminta maaf kemudian lafazkan ungkapan maaf sambil memperlihatkan wajah penyesalan korang padanya.
Pasti si dia akan memaafkan korang. seterusnya hidup korang tenang dan dapat menjalani kehidupan yang bebas dari penyesalan. tak luak pon nak berkata maaf. bayangan wajah tak akan lagi ikut korang. Bagaimana kalau si dia tidak memaafkan kita? sekiranya dia tidak memaafi korang, korang jangan sedih ye. Sekurang-kurangnya korang sudah pon berusaha meminta maaf kan. Terpulanglah pada seseorang itu untuk memaafkan korang ke tidak. yang penting korang sudah meminta maaf. kadang kala seseorang perlu kan masa. yela. lagi-lagi untuk yang berhati keras. tunggulah masa yang sesuai dia memaafkan korang ye. Sedangkan Allah Maha Pemaaf pada hamba-hambanya yang melakukan dosa setinggi gunung apatah lagi kita hanya dosa sesama manusia. kita ni kerdil sebenarnya.
Nite sayang -,-
2 comments:
suka post ni :)
chipalicious:
thanks yeah (!)
Post a Comment