Friday, December 24, 2010

| OldTown White Coffee

sekarang online di Oldtown!

hello pretty people

sudah 4 hari I berada di bumi KL. overall semua biasa sahaja. di bulan disember ini lah yang I tunggu selama ini. walaupun ada beberapa teman-teman yg dikenali tidak berjumpa dan dalam perancangannya mungkin tak akan berjumpa untuk tahun ni, I rasa happy sekali.belum masa I nak say goodbye untuk tahun 2010. gambar di atas ni, I tengah lepak sambil beronlinedan itu kawan baik dari sekolah. kebetulan dia kerja part time. nama dia Siti Zafirah. nasib dia ada. tak ada lah bosan kan. I rasa jelous lak dia kerja. kt JB apa je I nak kerja? Jauh dari rumah. kalau disini 5minit jalan kaki dah sampai. stay JB buang masa je. tak pe lah. I try cuti sem akan datang nanti.


hitamkan jawapan yang mana rasa betul. main taram je!

bercerita soal result I dapat ni, terima kasih kepada Miss Jue kerana anda saya dapat A dalam subjek Pembangunan Multimedia. terutama masa buat assignment game 'speed ball' menggunakan perisian Adobe Flash. honestly, I pakar dalam bab ni. tapi macam-macam yang berlaku masa proses membangunkan game itu. I paling pantang kalau buat assignment berkumpulan. I dah cukup berpengalaman dapat kawan-kawan yang tak commit buat kerja. dah kena ketuk baru nak buat. bukan budak kecil lagi nak kena suruhkan? sendiri yang nak belajar, sendiri tahu lah. bukan lah nak tunjuk pandai ke apa. tapi sekadar luahan biasa pada pelajar seperti ini.hehe. tapi alahamdulillah... akhirnya kumpulan I sahaja dapat full mark. tQ for short to botak(amer), razie dan Jawe(syafiqah).

terima kasih juga kepada Miss Arjuna yang mengajar subjek Statistik. walaupun I tak pandai matematik, tapi cara miss ajar saya, buatkan saya faham dan excited sangat nak jawab paper miss. sebenarnya seronok lak kalau dalam kelas miss. ceria je bila miss terjerit-jerit. bayangan macam di sekolah plak.haha. masa I kat sekolah dulu tak nak lak belajar pandai-pandai. tapi I risau juga masa miss kata, susah sikit subjek dia nak score A. tapi I nak gak A.

kepada miss Kalai, thank you so much!!! finally I dapat score subjek programming. miss pon sporting juga. miss pernah kata, kalau tak score subjek ni, jangan mimpi nak ambil java.haha. tak kan lah I lupa. malu je nk repeat..

kepada En TZ. nasib baik I score juga paper Business Organization. pada mulanya risau juga sebab dapat carrymark 48/60. yelah. I tak suka membaca. subjeek ini pon banyak kena hafal teori dari segi pengurusan. masa study week, pening sangat nak baca sampai fikir nak redo jer. sob3. tapi En TZ ni lain dari yang lain macam pensyarah lelaki. dia seorang berjiwa lembut. setiap kali mengajar dia akan pakai 1 set warna pink sampai stokin pon color pinl dan jam tangan mesti ikut tema warna apa baju dia pakai. menarik kan?jadi perhatian kitaorang je lah. tapi masa dia mengajar memang mengantuk lagi-lagi kalau kelas petang. memang I zzZZ je lah kan. dalam kelas musim sejuk tiba. tak biru lak jari ni kan. kadang-kadang nak menulis pon jari 'sesak' (jem).

terima kasih tidak terhingga kepada ustaz Fariiqul Amin dan miss Rahila, subjek pengajian agama dan Comercial English I  dapat B sahaja. sedih juga. tapi I dah agak yang I tak dapat A. carry mark pon cukup-cukup makan je. Assignment ustaz lah susah. tu yang buat pon lebih kurang aje. daripada tak buat langsung kan? 

so, azam I nak try dapat semua A pulak lah. masa sem dua I ada 1B je. baru nak nak lawan yang sape dapat dapat all A.grr.. tapi I akui yang I tak pandai dari zaman sekolah. paling teruk yang I dapat no 42 daripada 43 orang dalam kelas.ramai kan? masa itu darjah 3.haha. pecah rekod lah I. dapat no '2' dari belakang. tak pasal-pasal kene turun kelas. ala..kelas sebelah je. tapi time tu, rasa kemaluan tu tak ada sangat. sebab I jenis tak take care pasal hal pelajaran mase zaman sekolah rendah sampai SPM. buat mana lebih kurang tapi I susah nak ponteng kelas. kalau tak pergi sekolah rasa macam tak lengkap je hidup sebagai seorang pelajar. so, habitnyanya sampai ke kolej. sakit pon jarang.baik kan? tahun ni baru sekali I pergi ke klinik. tu pon selsema. I alah kepada cuaca sejuk. mesti meleleh je hidung mancung I ni.haha ^__^

*kehidupan aku untuk sem akan datang lebih indah. aku tunggu saat itu :D
  iMy Pendita.

4 comments:

Unknown said...

bley ajaq wat game worm x??

hahak

Arine Romano said...

bahahah..bule..pe tak bule lak kn u???

Saya Nina Syakira said...

congrats syg <3

Arine Romano said...

Budak Giler Cadbury:
tQ for short nina(!)