pintu masuk utama
sentiasa berlima dan bersama
my best buddy dari form4 dan 1 kelas
my friend dari sekolah rendah dan menengah
pendokong I sentiasa bagi support
the best cikgu yang tahu kehidupan I. (6th snese)
ini cikgu kaki buli I sentiasa
ini timbalan kem komandan. En Tarmimi. pantang nampak muka
I mesti kene lah.uh,,
ini lah anak-anak buah I
ini 'orang tua' memang famous amous di sana.
digelar sebagai 'Budak Tiga Suku'
Hari ini, mood I nak story pasal PLKN or dalam bahasa Inggeris national Service. Di sini I nak cerita penuh lah. Bukan apa, I rindu lak tiba-tiba kat kem. Mula-mula I dapat tahu yang dapat PLKN ni dari handphone la. Masa I tingkatan 5, kecoh la pasal PLKN dah boleh tahu. So, kawan I check, dia beritahu yang I dapat. OMG(!) Tapi I ni jenis cool. Gelabah tak lah. Cuma pada masa itu, I cakap “ala…” Sumpah I redha je lah. 3 bulan je kan. Kecoh la orang yang dapat join PLKN nak mogok-mogok. I dapat panggilan kedua. I tahu pon dari surat PLKN hantar. Tapi I kene pergi sendiri kat pejabat pos sebab surat tu hantar berdaftar. Rupanya I dapat di Alor Gajah Melaka. Sebelum I join PLKN, I kerja full time lah. Bila masa sudah tiba, I kene pergi daftar di Bukit Jalil. Tak sangka lak kawan sekolah I pon ada. Dia pon sama tempat dengan I. best lak. Sampai sahaja di sana iaitu “Selamat Datang ke Kem Putra Putri” atau kem Put Put for short* Disana I sudah kenal sorang ni. Nama dia Atiqah. Rupanya dia sekolah Taman Keramat.haha. Satu tempat rupanya. Dia kenal I, tapi I tak kenal dia. Dari situ kitaorang rapat. Tidur pon sebelah katil. Dari mula I datang, I sudah berangan nak jadi ketua.haha. Kelakar kan. Tapi I tahu I tak layak jadi ketua. Di sekolah I bukannya seorang yang aktif dalam aktiviti kawad ke apa. So, Arine jangan mimpi ok(!) I tengok ramai perempuan yang besar-besar badannya. I nak juga dapat dua sijil bila tamat latihan. Tidak semua dapat cuma yang ada pangkat dapat dua sijil. Di pendekkan cerita, I pon tak sangka I dapat jadi Ketua Platun Alpha perempuan. Jadi dengan rasminya I dapat pakai dua balak di bahu. Mungkin lah niat I sebelum jejak lagi di kem termakbul. Di sana I boleh lak nak belagak kan. Sorry la. Memang tak berat lak tanggungjawab I nak handle hampir 70 orang anak buah yang pelbagai perangai pelik dan mengambil masa untuk I mesra dengan diorang. Ada yang keras kepala tu lah pernah bawa gaduh. Tapi alhamdulillah I ni sabar dan jenis kalau marah baik diam sahaja. I cuma laksanakan kerja je. Di sana kawan I paling rapat, Atiqah Dayana(AD), Nur Aleena(Elle), Nabila(Marsha) dan Ain. Hanya Elle sahaja I rapat sampai sekarang. Yang lain I tak tahu apa cerita.hmm…Setiap hari I bangun pukul 4.45 pagi(waktu paling lewat). Secara rawak I kira, 20 jam I tidak tidur dan hanya tidur 4 atau 5 jam sahaja selama 86 hari di sana. Pegang handphone hanya 24 jam je seminggu . Bayangkan lah ye… Nasib baik lah I dapat ketua cikgu yang best. I dapat cikgu dah pangkat atuk tao. Dia memang seorang atuk yang penyayang. Sampaikan kompeni I yang memang manje kitaorang panggil dia atuk tau. Tapi dia seorang yang tegas. Dia rilek je kata kompeni “Alpha reput” Pada mulanya kitaorang ingat dengan kata-kata macam tu boleh ‘down’ kan kitaorang punya semangat. Sebenarnya tidak sama sekali. Itu sebenarnya penguat semangat kami supaya berusaha.haha. Pemikiran belum matang lagi . Baru habis SPM kan .(sambungan...)
*lepak jari aku jah oiii(!)
No comments:
Post a Comment