Terlebih dahulu biarlah aku membuka bicaraku dengan apa jua yang aku maksudkan dengan ‘kata sifat’. Kata sifat yang aku percaya engkau juga faham adalah seperti sifat berani, degil, baik, jahat dan sebagainya.
Kata sifat itu besar pengaruhnya apatah lagi sesudah ianya bermaharajalela dalam sistem kepercayaan berdasarkan perjalanan hidupmu. Ia juga melahirkan perasaan. Contohnya, seperti hantu itu jahat, maka lahirlah perasaan takut engkau pada hantu. Banyak lagi perasaan yang boleh hadir dari kata sifat seperti perasaan kagum, sedih dan gembira.
Apa yang menjadi kerisauan adalah tindak balas yang lahir. Apabila wujudnya perasaan ‘takut hantu’, maka lawannya itu adalah ‘hantu berani’. Dan ia menjadikan hantu itu berani dengan engkau kerana engkau berani. Begitu juga tatkala lahirnya sifat kagum, sudah pasti balasnya adalah takbur Maka, kau pandanglah aku tanpa kata sifat, cukuplah sekadar ‘Arine’ kerana semestinya aku tidak mempunyai apa-apa dan tidak layak untuk apa jua kata sifat. Aku hanya menyampaikan kebenaran kerana aku percaya ia seharusnya menjadi satu perkongsian kerana ia juga bukan milikku. Maka, senyumlah dan khabarkanlah apa jua kepadaku. Tinggi rendah aku sama seperti engkau.

No comments:
Post a Comment